RSS

Monthly Archives: April 2012

BIDADARI dari TIMUR

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebalik kejayaan sorang lelaki pasti punya wanita yang istimewa yang menjadi tunjang kekuatan lelaki tersebut, sama ada ianya IBU atau ISTERI…

Bagi post kali ini…sengaja saya cuba membawa kisah yang sangat istimewa untuk kita jadikan sebagai qudwah dalam perjalanan membina usrah (keluarga) yang sakinah…

BIDADARI DARI TIMUR…memoir isteri seorang pejuang…

Tajuk buku yang cukup menarik..epilog bahagia seorang isteri kepada ulama’ serta pemimpin berjiwa besar yang menyentuh nurani kita dengan kemurniaan peribadinya…

Beliau ialah DATIN TUAN SABARIAH TUAN ISHAK merupakan permaisuri hati TUAN GURU DATO NIK AZIZ NIK MAT….mendirikan rumah tangga ketika beliau masih berumur 14 tahun dan umur TUAN GURU ketika itu 31 tahun.. mengimbau kembali jarak umur Nabi Muhammad SAW dan Saidatina Aisyah ketika mendirikan rumah tangga.

Antara yang dikongsi oleh DATIN bagaimana permulaan melayari bahtera rumah tangga dengan suami tercinta yang pada mulanya hanya seorang pendidik, pendakwah dan akhirnya menjadi Ulama’ yang disegani dan di sanjungi masyarakat. Juga perkongsian detik-detik hidup mereka yang diserikan dengan 10 orang cahaya mata ditambah lagi dengan melayari hidup sebagai seorang isteri pemimpin masyarakat bahkan pejuang agama Allah…

Rentetan peristiwa bagaimana seorang ibu menghadapi dengan tenang ketika salah seorang anak yang disayangi dimasukkan ke dalam tahanan ISA juga pelbagai lagi perkongsiaan pengalaman yang memberi motivasi kepada kita untuk berusaha menjadi yang terbaik dalam meraih rahmat dan reda-NYA… insyaALLAH…

“Dalam menghitung perjalanan waktu yang kian mengengsot detik usia,aku terus tegakkan diri menerima suratan takdir menjadi isteri seorang pejuang.Biarpun ruang waktu untuk bersamanya kian berkurang aku redha.Biarpun tanggungjawab di rumah kian bertambah tatkala kehadiran zuriat kian bertambah,aku tidak pernah merasa terhimpit”.

“Bagiku andai dia tega berjuang di luar demi menobatkan Islam di ancala kehidupan insan,aku akan sentiasa membina kekuatan untuk berjuang di rumah tangga ini.Dan nubariku ku bujuk untuk sentiasa bersyukur menerima segala takdir hidup ini”.

“Buat mereka yang tertanya-tanya,Indahkah hidup menjadi suri hidup Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat???hadirnya dia dalam hidupku adalah 1 anugerah yang tiada ternilai.Hadirnya adalah wasilah untuk aku merandai hidup ini.Dia membawakan aku menemukan diri sendiri.Dia umpama lantera yang tidak pernah jemu menebarkan cahaya ke segenap ruang hidupku,lantas aku bisa terus mengatur katih mendepani segala cabaran dan dugaan hidup ini.Dunia kami yang berliku panjang,tiada puisi selayaknya yang mampu menggambarkan segalanya dengan tepat.Tiada akal yang dapat melukiskan segalanya secara terang nyata”.

“inilah kisah hidupku.

Aku memilih
untuk menghidu bau syurgaMU
dengan setia bersama suamiku…

telah aku angankan menjejak ke dalamnya
melalui mana-mana pintu yang aku sukai.
Ya Allah,aku mohon redha dan syurgaMU
Amin…”

~Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak~

Buku yang nipis tapi padat dengan perkongsiaan pengalaman hidup bidadari seorang ULAMA’ yang desegani….

Yang belum membaca intipati kandungan buku ini..dapatkan ia walaupun buku sudah agak lama diterbitkan…

Belajar dari pengalaman orang untuk mncipta sejarah hidup kita sendiri..menjadikan contoh yang baik sebagai ikutan, semoga beroleh pahala dan keberkatan dalam usaha memperbaiki diri..

~~ fr0m READING to be A’LIM  ~~   🙂

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on April 25, 2012 in Uncategorized

 

PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH dan RASUL

بسم الله الرحمن الرحيم

Image

untuk perkongsiaan kali ini, sengaja saya cuba mengimbau kembali buku yang boleh dikatakan sudah lama penerbitannya karya USTAZAH FATIMAH SYARHA. Sedikit synopsis untuk perkongsiaan bersama.

Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya.

Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.

Image

Buku ini walaupun sudah lama diterbitkan, tetapi antara tulisan yang memberi kesan  agak mendalam dalam jiwa saya. Alhamdulillah, walaupun buku ini agak nipis tetapi ia sarat dengan nasihat, motivasi serta kisah sebenar hidup penulis bagi pemuda pemudi khususnya.

Alhamdulillah, untuk merasai dan menghayati apa yang dikatakan nikmat CINTA, siapa sebenarnya pemilik CINTA kita setelah ALLAH dan RASUL… cepat-cepat cari buku ini untuk penambahan ilmu juga semangat baru buat kita semua..

Usah risau jika diri belum dihinggapi kumbang,

 usah gelisah jika diri masih teragak-agak meninggalkan sesuatu yang belum benar ditakdirkan menjadi pemilik CINTA kita,

usah gusar mengharap sesuatu yang belum pasti akan kenyataannya,

sebaliknya…

gusarlah jika diri masih tidak berusaha untuk berusaha dan berusaha menjadi yang terbaik bagi meraih CINTA ALLAH, RASULNYA…..dan insyaALLAH, pasti CINTA itu akan menyusul selepas itu.

~~fr0m reading to be A’lim~~ 🙂

 
Leave a comment

Posted by on April 3, 2012 in Uncategorized