RSS

Archives

Aside


Sebuah buku karya seorang pelawak berkulit hitam, Steve Harvey.  Edisi terjemahan bahasa melayu oleh PTS mengisahkan bagaimana cara berfikir seorang wanita yang tidak di fahami lelaki juga pemikiran lelaki yang selalu di salah tafsir oleh wanita.

Menurut penulis, ramai wanita yang diperdaya oleh lelaki kerana gagal memahami apa yang lelaki fikirkan. Oleh itu, penulis cuba mengetengahkan pemikiran kaum lelaki supaya lebih mudah untuk kaum wanita membaca pemikiran kaum lelaki.

Lazimnya, di dalam perhubungan seseorang lelaki yang tidak bertanggungjawab lebih banyak berkawan dengan wanita kerana suka-suka dan tidak ada matlamat diatas perhubungan tersebut. Selepas beberapa ketika perhubungan dijalankan, akhirnya putus ditengah jalan.

Mula mencari buku ini apabila selalu disebut oleh Ustaz Hasrizal dalam bukunya “Aku Terima Nikahnya”.

Melalui buku ini juga kita dapat mengetahui bagaimana cara berkomunikasi dengan lebih baik dalam hubungan berlainan jantina. Ramai yang tidak menyedari fitrah wanita yang suka bercerita dan berkongsi masalahnya dengan orang yang disayanginya tanpa mengharapkan penyelesaian kepada permasalahan tersebut, tetapi hanya sekadar mahu meluahkan apa yang membebani fikirannya sahaja.

Namun begitu, berbeza pula bagi lelaki yang tidak banyak berbicara sebaliknya terus mencari penyelesaian kepada permasalahan tersebut. Perbezaan yang dianggap kecil seperti inilah merupakan permasalahan utama yang menyebabkan lelaki dan perempuan menghadapi permasalahn di dalam perhubungan mereka.

Penulis menghurai satu persatu berkenaan permasalahan ini. Walaupun perkara ini dilihat dari perspektif barat, namun begitu inilah penyakit yang kian menular dalam masyarakat kita yang perlu diambil perhatian juga peringatan bersama.

Buku ini cuba mengupas berkenaan dengan sikap sebenar kaum lelaki yang seharusnya diketahui oleh kaum wanita. Jangan hanya sekadar jatuh hati dan terus bercinta, tetapi akhirnya hidup merana. Banyak “tipu daya” kaum lelaki lintah darat yang seharusnya difahami oleh kaum wanita.

Bagi yang mempunyai masalah, dan bakal mempunyai hubungan yang lebih serius, mungin bagus untk mengkhatamm buku ini agar dapat menambah pengetahuan juga persiapan diri untuk memperolehi kejayaan dan keharmonian dalan sesuatu perhubungan.

insyaALLAH buku ini pasti dapat membuka minda dan fikiran kita tentang permasalahan yang dihadapi di dalam perhubungan. Segala yang baik dikongsi bersama.

Jadi, j0m tambah ilmu pengetahuan dengan membaca buku ini.

                                                              ~from reading to be a’lim~~ 🙂

Act like a Lady, Think like a Man

 
Leave a comment

Posted by on March 31, 2012 in Uncategorized